Perhatikan ikatan tali kasut nie kpd sesiapa yg ingin style baru tuk mengikat tali kasut.. leh lah usha2 erkk..
Tuesday, 19 June 2012
Monday, 18 June 2012
37 Fakta Menarik Mengenai Lelaki
1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11. Lelaki juga akan menangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. 14. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
15. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
16. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
17. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
18. Lelaki amat sayang ibu mereka.
19. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
20. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
21. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
22. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
23. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
24. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
25. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
26. Lelaki lebih banyak berfikir.
27. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
28. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
29. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
30. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
10 Jenis Ulat Bulu Beracun
Berikut ini menunjukan jenis ulat bulu yang sangat berbahaya bagi manusia yang disebabkan oleh racun yang sangat berbahaya.
1. The Saddleback Caterpillar
1. The Saddleback Caterpillar

2. The Cinnabar Moth Caterpillar

3. The Monarch Caterpillar

4. The Gypsy Moth Caterpillar

5. The Bag Shelter Caterpillar

6. The Puss Caterpillar

7. The Stinging Rose Caterpillar

8. The Hickory Tussock Caterpillar

9. The Io Moth Caterpillar
10. The Spinny Oak Slug Caterpillar

Tahukah Anda?
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa dari orang lain.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.
28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.
29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.
30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk
mengesahkan tiada no 8. kan ?
Perbezaan Antara Daging Ayam Dengan Daging Tikus
Jika anda ke luar negara, berhati-hati untuk membeli ayam goreng yang dah siap masak kerana kini anda mungkin secara tidak sedar ditipu dengan daging tikus yang dibuat seperti daging ayam. Jom lihat gambar di bawah ini untuk mengetahui proses penghasilan tikus goreng yang menyerupai ayam ini.

Walaupun kelihatan begitu mirip dengan ayam goreng yang sebenar, dibawah ini terdapat sedikit tip untuk membezakan antara ayam goreng tikus dengan ayam goreng sebenar:
- Dari segi dagingnya, walaupun ia sama-sama putih dan rasanya juga sama, akan tetapi daging tikus lebih banyak lemak dan serat serta lebih halus daripada ayam sebenar (seperti gambar di atas yang penuh dengan minyak pada bahagian paha).
- Dari segi kulitnya, perhatikan lebih teliti lagi adakah bulu-bulunya besar atau halus. Sekiranya bulunya halus, kemungkinan yang pernah tumbuh adalah rambut. Bulu-bulu dari ayam adalah lebih kasar daripada bulu-bulu tikus.
- Dari segi tulang: kalau ayam, pada bahagian dadanya terdapat tulang rawan, dan di pahanya terdapat tulang yang besar dan dan juga terdapat tulang rusuk di bahagian punggun serta banyak lagi. Manakala daging tikus pasti tulangnya hanya sedikit sahaja.
- Dari segi harga, kalau harganya terlalu murah, besar kemungkinan ia adalah ayam goreng tiruan.
Sunday, 17 June 2012
Tukang Jual
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Telur ayam adalah merupakan makan utama penduduk di seluruh dunia dan juga makanan paling berkhasiat untuk manusia kerana di dalam sebiji telur ada sebanyak 9 nutrien penting untuk tubuh badan seperti Vitamin B2,Vitamin D,Vitamin B5 dan lain-lain.Tapi,adakah kamu tahu di sebalik kuning telur ini ada makhluk lain yang akan terhasil?Dan makhluk kecil ini akan menyerap segala nutrien yang ada pada putih telur?
Subscribe to:
Comments (Atom)







































